ARTIKEL SEBELUM

6/05/14

Liverpool mengalami tamparan hebat....

 


Liverpool mengalami tamparan hebat dalam usaha merangkul gelaran Liga Perdana Inggeris selepas mensia-siakan kelebihan tiga gol awal ketika seri 3-3 dengan Crystal Palace pada perlawanan awal pagi tadi.

Kelab itu berada pada landasan selesa ketika mendahului 3-0 ketika perlawanan berbaki 11 minit hasil jaringan Joe Allen pada minit ke-18 dan dua lagi pada babak kedua hasil sentuhan Daniel Sturridge minit ke-53 dan Luis Suarez minit ke-55.

Bagaimanapun, tuan rumah, Palace yang terselamat daripada zon penyingkiran dan membuat kejutan apabila merapatkan kedudukan dengan dua jaringan Dwight Gayle.

Terdahulu Damien Delaney menceriakan penyokong dengan gol pertama Palace pada minit ke-79 yang ternyata mencetuskan kebangkitan mereka.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud