ARTIKEL SEBELUM

12/05/14

Khalid Ibrahim nafi beri rasuah RM50 kepada pengundi PKR

 

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) menafikan terlibat membeli undi untuk mendapatkan sokongan pada proses pemilihan PKR yang sedang berlangsung.

Calon timbalan presiden PKR itu bagaimanapun mengaku menaja pengangkutan bagi kemudahan pengundi ke tempat pusat mengundi.

Beliau menggesa mana-mana pihak yang tidak berpuas hati supaya mengemukakan aduan kepada Jawatankuasa Pemilihan PKR.BAHASA

Khalid Ibrahim nafi beri rasuah RM50 kepada pengundi PKR.

"Aduan dan tindakan ini penting untuk kita tunjukkan bahawa PKR ialah parti yang bersih dalam tatacara mengendalikan pemilihan.

"Saya memohon maaf kepada seluruh anggota KEADILAN kerana kegagalan proses pengundian. Kita benar-benar memerlukan reformasi yang menyeluruh," katanya melalui akaun Twitter @khalid_ibrahim.

Beliau berkata demikian sebagai responsnya terhadap dakwaan bekas Ahli Parlimen Kapar yang juga calon Ketua Cabang Kuala Selangor, S Manikavasagam yang mengatakan Khalid memberi wang suapan kepada pengundi sebanyak RM50 seorang.

"Saya ada bukti dalam bentuk rakaman video (politik wang) dan saya akan muat naikkannya tidak lama lagi. Saya menerima aduan bahawa pemilih diberi rasuah sebanyak RM30 untuk memberi undi kepada calon yang bertanding bagi jawatan kebangsaan dan RM20 bagi jawatan ketua bahagian Kuala Selangor.

"Saya harap jawatankuasa pemilih akan bertindak segera tentang perkara ini," katanya seperti dilapor Bernama hari ini.

Manikavasagam berkata, beliau akan memfailkan bantahan kepada Jawatankuasa Pemilihan PKR sekiranya beliau kalah dalam pertandingan satu lawan satu dengan Khalid bagi jawatan itu.

Pemilihan PKR 2014 berakhir hari ini kecuali melibatkan sekurang-kurangnya 17 Cabang ditangguhkan dan diadakan pemilihan semula dalam tempoh Mei ini.

Laporan rasmi setakat ini menunjukkan penyandang Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali masih mendahului dengan 9,876 undi, jauh meninggalkan pesaingnya Khalid yang mendapat 6,217 undi dan Datuk Saifuddin Nasution Ismail sebanyak 5,717 undi. - TMI

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud