ARTIKEL SEBELUM

2/05/14

Gang "Antifa"... Pergelutan tercetus, jurufoto diserang

Pergaduhan berlaku antara sekumpulan anak muda dan petugas media selepas Perhimpunan 1 Mei berakhir petang tadi di sekitar Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 1 Mei, 2014. 

Sekumpulan anak muda bertopeng berpakaian serba hitam, yang menggelar diri mereka sebagai "Antifa", telah menendang jurugambar Xin Hua ketika mahu mengambil gambar mereka.

Mereka telah berarak di Jalan Raja selepas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa perhimpunan anti-GST telah berakhir.

Seorang anggota kumpulan tersebut telah bertindak melontar batang kayu bendera ke arah jurugambar tersebut.

Dalam satu insiden lain sebelum ini, kumpulan remaja yang sama terlibat dalam pergelutan dengan anggota Unit Amal PAS di di Jalan Raja, di mana pemimpin Jingga 13, Fariz Musa, terperangkap di tengah-tengahnya.

Turut berada di situ ialah ahli-ahli Solidariti Anak Muda Malaysia(SAMM) dan kumpulan lain, yang menggelar diri mereka sebagai "Geng Kotak".

Anggota Unit Amal membuat benteng di situ ketika orang ramai menolak ke hadapan, membaling botol air dan terbabit dalam pergelutan dengan ahli-ahli Jingga 13, yang cuba untuk menenangkan mereka.

menurut laporan bahawa kumpulan itu tidak berpuas hati kerana anggota Unit Amal menghalang mereka ke Dataran Merdeka.

 
Sementara itu Pengerusi Solidariti Anak ‎Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham yang ditemui selepas itu menafikan kumpulan anak muda itu daripada SAMM dan menyatakan kekesalan dengan insiden tersebut.

"Siapa tidak pasti, kalau betul berlaku saya cukup kesal dengan apa terjadi namun apa yang pasti saya cuba mengawal sebaik mungkin," katanya.

Beliau juga berkata SAMM menghormati semua semangat berhimpun anak muda.

"Bagi pihak SAMM, kami meminta maaf sekiranya benar media dikasari‎, pihak kami dari mula perhimpunan tidak ada apa-apa yang berlaku, dan saya juga tidak nampak pergaduhan itu.

"Daripada SAMM, kita mengawal dan bertanggunjawab sepenuhnya," katanya. TMI & MK

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud