ARTIKEL SEBELUM

3/05/14

Buat kecoh, pakai topeng sesiapa pun boleh

 


KUALA LUMPUR: PAS berpendapat Himpunan 1 Mei bagi membantah pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar memberitahu himpunan yang dihadiri oleh ratusan ribu rakyat itu adalah yang terbaik.

"Sepanjang bermulanya himpunan dan hingga habis, ia berjalan lancar tanpa ada sebarang gangguan dari pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Ini yang kita janji, berhimpun secara aman. Kita tidak mahukan sebarang provokasi seperti dilakukan oleh bukan dari kita sehingga timbul kekecohan, inilah yang terbaik saya dapat nyatakan selain matlamat kita tercapai," jelasnya pada sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini.

Beliau yang turut berkongsi, terdapat maklumat diperolehi ramai peniaga di sekitar Dataran Merdeka gembira dengan pulangan yang mereka perolehi semalam.

"Mana ada peniaga yang rugi semalam, semua untung berlipat ganda, yang kecoh kata peniaga rugi dulu sebab Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) arahkan mereka tutup kedai," sambung beliau.

Ketika ditanya mengenai kekecohan yang berlaku sejurus selesai perhimpunan tersebut, katanya ia adalah merupakan isu kecil.

"Kita pun tak kenal siapa yang buat kecoh, pakai topeng sesiapa pun boleh lakukan.

"Bagi saya ini adalah isu kecil, lagi pun ia berlaku sejurus selesai program himpunan itu.

"Walau bagaimana pun saya kecam tindakan pihak tidak bertanggungjawab itu dan meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan lanjut," tambah beliau.

Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Pokok Sena turut meminta jika terdapat lagi perhimpunan sedemikin pada masa akan datang, peserta yang hadir tidak dibenarkan memakai topeng atau penutup muka.

"Kalau takut nak tunjuk muka jangan hadir pada himpunan seperti itu, masa akan datang mungkin kita boleh memantau mereka yang memakai topeng dan arah mereka tanggalkan," jelas belia.- HD

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud