ARTIKEL SEBELUM

11/05/14

Ahli parlimen BN dakwa rasa dihina

 

Ahli Parlimen BN Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata beliau berasa terhina dengan pandangan Presiden Isma, Abdullah Zaik Abdul Rahman yang mengatakan kedatangan pendatang China ke Tanah Melayu bersama-sama penjajah British suatu ketika dahulu sebagai satu bentuk pencerobohan.

Katanya, ini kerana datuk beliau sendiri adalah pendatang yang berasal dari negara tembopk besar itu.

“Datuk saya sendiri berasal dari daerah Guandong, China jadi sudah tentu saya rasa terhina dengan pandangan ISMA itu. kerana kenyataannya itu tidak ada asasnya dan tidak langsung memikirkan mengenai sejarah atau orang yang ditujukan,” kata Nur Jazlan di petik Astroawani.

Sementara itu, Ahli Parliman PKR Lumut, Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abd Hamid berkata, kenyataan Abdullah itu hanya sekadar mahu meraih populariti.

“Bila masa kita lantik Isma untuk wakili pandangan politik kita?. Bagi saya, dia tidak mewakili sesiapa pun termasuk diri saya kerana kita tidak pernah mempunyai pendirian sebegitu dan kita mahukan satu kerukunan yang harmoni antara semua kaum,” kata Mohamad Imran.

Imran yang juga calon Ketua Cabang PKR Lumut untuk Pemilihan Parti PKR yang sedang berlangsung ini menambah jika kenyataan ISMA itu diambil kira bagaimana perpaduan nasional 1Malaysia yang digembar-gemburkan oleh kerajaan dapat dicapai.= hd

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud