ARTIKEL SEBELUM

30/05/14

Abby Abadi Dedah Punca Penceraian

 


Pelakon Abby Abadi akui umur bekas suaminya, Farhanyang jauh lebih muda daripadanya adalah antara faktor perpecahan rumahtangga mereka. Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 37 tahun membuat permohonan pengesahan lafaz cerai sebagai plaintif terhadap Noor Farhan Che Bakar 24 tahun sebagai defendan. Kes dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur jam 9.30 pagi tadi.

Dari Dalam Dewan Perbicaraan

Kes yang dibicarakan oleh Tuan Hakim Shaiful Azli Bin Jamaludin itu diadakan kerana Farhan telah menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) pada 9 Mei 2014 jam sekitar 10:25 pagi. Abby ketika itu sedang berada di dalam kereta.

“Aku ceraikan kau” adalah mesej yang dihantar Farhan, diikuti rantaian berbalas mesej antara mereka berdua. Dibicarakan juga di mahkamah adalah mesej kedua Farhan, “Mulai hari ini kau dah tidak ada apa-apa hubungan dengan aku”.

Di dalam perbicaraan mahkamah telah berlaku perselisihan faham di antara mereka pada malam sebelumnya. Hal itu berlarutan kerana menurut Abby, Farhan tidak pulang ke rumah untuk menyelesaikan masalah mereka. Bila ditanyakan tentang detail-detail perselisihan faham yang dimaksudkan, Abby bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

“Tidak apa lah, saya rasa itu tidak ada kepentingan untuk orang lain tahu,” ujar Abby yang hadir ke mahkamah dengan anak perempuannya.

“Saya cuba untuk betulkan keadaan apa lah daya saya kalau dah takdir berakhir begini. Saya mengharapkan doa dari orang lain sebab saya tahu bukan saya seorang sahaja yang sayangkan hubungan ini,” kata Abby lagi.

Ketika menghantar lafaz talak di antara mereka, Farhan mengesahkan yang dia berada dalam keadaan waras dan mereka masih lagi tinggal berasingan sejak insiden itu.

“Tiba-tiba sahaja dia berubah. Sejak kejadian berselisih faham itu, dia hilang. Ikutkan dalam masa 3 minggu tidak berjumpa ini tidak balik lagi. Sekejap okay sekejap tidak okay di dalam mesej,”jelas Abby.

Lafaz Talak Terdahulu

Mahkamah bagaimanapun tidak dapat mengesahkan keputusan atas dasar pemfailan tidak lengkap. Ini kerana masih ada lafaz talak terdahulu dari Farhan yang tidak difail dan disahkan mahkamah. Menurut Abby, lafaz talak sebelum ini adalah dalam bentuk perbualan mulut ke mulut.

Menurut Abby, Farhan telah memberitahu rakannya yang status dia dan Abby sudah pun bercerai. Abby kemudian telah mendapat tahu hal tersebut dari rakan yang sama.

“Sebenarnya dia bercerita dengan kawan (yang mereka telah bercerai), kemudian saya rujuk dengan ayah saudaranya yang juga Imam masjid dan dia kata (perbuatan itu) jatuh (talak). Saya juga kurang pasti kerana saya pun tidak arif tentang perkara ini”

Mahkamah menangguh dahulu keputusan sehingga lafaz talak yang pertama itu difailkan dan disahkan supaya tahap jatuh talak boleh ditentukan. Tarikh perbicaraan yang baru adalah pada 11 Jun 2013, 11 pagi.

Punca Penceraian

Menurut Abby, jarak umur yang jauh dan respon kurang matang oleh Farhan adalah antara sebab keruntuhan rumahtangga mereka. Selain itu Farhan juga tidak pulang ke rumah selama 3 minggu selepas perselisihan itu untuk memperbaiki hubungan mereka.

“Dia terlalu muda untuk diletakkan bersama saya, itu yang saya rasa. Pada saya ketika saya berusia semuda dia, banyak perkara lagi yang saya tak faham. Saya juga nampak lelaki ni lambat matang kan?”

Abby bagaimanapun tidak mahu hubungan mereka berakhir dan menyerahkan pada kuasa Allah. Dia juga menyifatkan hubungan mereka di tahap yang sukar kerana tiada usaha dari Farhan. Dia juga sedar, kemungkinan bercinta selepas berkahwin adalah juga salah satu punca keretakan rumahtangga mereka.

“Saya sayang sangat dengan dia, tapi saya tak nampak jalannya. Jadi pada siapa-siapa di luar sana yang sudah berkahwin dan kalau bergaduh jangan lah berpisah,” kata Abby kepada wartawan.

“Saya tidak tahu pendirian dia. Kami kenal pun selepas kahwinkan? Jadi dalam masa 10 bulan perkahwinan itu, masih banyak lagi yang saya tidak tahu tentang dia. Begitu juga dia yang tak faham dengan saya. Kalaulah ditakdirkan tidak ada jodoh lagi saya pun saya pun tidak mahu bebankan hidup dia.

“Kalau boleh kalau berlaku pada orang lain, janganlah tinggal begitu sahaja. Sebab saya rasa sedikit teraniaya. Saya akan terus berusaha semampunya. Saya pun tidak pasti apa yang saya boleh buat selepas ini. Kalau nampak dia dah terlalu tidak mahu saya pun tidak mahu memaksa,” katanya.

Farhan bagaimanapun tidak memberi sebarang komen kepada wartawan. Mereka berkahwin pada 9 Julai 2013 di Selatan Thailand yang kemudian disahkan di Kelantan, lapor Murai. - BM

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud