ARTIKEL SEBELUM

15/04/14

‘Saya tidak kisah gaji lama, yang penting rakyat’

Walaupun tidak dapat menikmati kenaikan gaji baru sepertimana dinikmati Adun-adun lain, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menganggap perkara itu bukan persoalan penting.

Kata Abdul Khalid, beliau bersetuju dengan langkah pemotongan gaji berkenaan kerana merasakan bertanggungjawab atas kenaikan diputuskan di persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS) pada November lepas.

“Kita setuju dengan pemotongan sebab hendak tunjuk kepada rakyat bahawa kita juga sanggup potong gaji demi kepentingan rakyat,” katanya kepada pemberita di lobi DNS.

Sewaktu bacaan Rang Undang-Undang Pembekalan Tambahan, Abdul Khalid mengumumkan sebahagian gaji dan kenaikan elaun Menteri Besar, anggota Exco, Speaker dan Timbalan Speaker dipotong dan disumbangkan ke Tabung Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Sebelum ini, persidangan DNS meluluskan kenaikan gaji dan elaun kesemua 56 Adun dengan Menteri Besar menerima kenaikan 51.54 peratus menjadikan jumlah gaji baru ialah RM29,250.

Bagaimanapun, dengan pemotongan yang mula dibuat Januari lepas, Menteri Besar sekadar menerima gaji RM14,175.15, iaitu kadar gaji lama dan adalah lebih rendah berbanding gaji anggota Exco dan Speaker yang menerima RM15,000 selepas pemotongan.

Pemotongan gaji bagaimanapun tidak melibatkan gaji Adun yang tetap menerima penuh gaji baru RM11,250 selepas dinaikkan daripada gaji lama RM6,000.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud