ARTIKEL SEBELUM

15/04/14

DUN T'ganu tolak usul laksana hudud

 



Dewan Undangan Negeri Terangganu hari ini menolak usul untuk melaksanakan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu yang diluluskan dewan itu pada 7 Julai 2002.

Usul tersebut dibawa oleh Mohd Nor Hamzah (PAS-Bukit Payong, kanan) bawah peraturan mesyuarat Fasal 30 Peraturan-peraturan dan Perintah Tetap DUN, lapor Harakahdaily.


Speaker Mohd Zubir Embong bagaimanapun dilapor menolak usul tersebut.

Kandungan usul itu antaranya memohon persidangan ditangguh bagi merundingkan pelaksanaan enakmen itu kerana ia diperintahkan oleh Allah, dipersetujui sultan serta diwartakan sejak 14 tahun dulu lagi.

“Isunya mengapakah sehingga kini, kerajaan yang berkuasa melaksanakan enakmen ini gagal untuk melaksanakannya, bahkan tidak mengambil sebarang usaha untuk melaksanakannya.

Menteri besar serta pemimpin kerajaan negeri perlu mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap kegagalan kerajaan melaksanakan enakmen ini,” menurut kandungan usul itu yang disiarkan di akhbar web PAS.

Mohd Nor juga berhujah, perkara itu juga melibatkan keamanan negeri ekoran banyaknya kegiatan jenayah di negeri itu.

“Maka saya berpandangan bahawa usul ini melibatkan perkara tertentu, kepentingan ramai serta perlu disegerakan,” katanya

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud