ARTIKEL SEBELUM

22/04/14

Kes Liwat II: Sulaiman dijangka ganti Karpal

 

Bekas presiden Badan Peguam Sulaiman Abdullah dijangka akan menggantikan mendiang Karpal Singh untuk mengetuai pembelaan dalam rayuan kes Liwat II di Mahkamah Persekutuan.

Satu sumber yang dekat dengan kes berkenaan mengesahkan bahawa Sulaiman bersetuju untuk mewakili Anwar.

"Ramkarpal, yang turut memainkan perana utama dalam perbicaraan Liwat II dan dalam rayuan di Mahkamah Rayuan akan turut menganggotai pasukan pembelaan,” kata sumber berkenaan yang tidak mahu namanya disiarkan.

Sulaiman, yang memainkan peranan utama dalam rayuan Liwat II sebelum diambil alih oleh pasukan Karpal, turut menjadi penggerak utama dalam pasukan pembelaan dalam perbicaraan kes Liwat I.

 sumber Malaysiakini.com

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud