ARTIKEL SEBELUM

23/04/14

Hishammuddin tak hormat pandangan rakyat


MerdekaCenter
KUALA LUMPUR : Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein disifatkan tidak menghormati pandangan rakyat apabila menolak hasil kaji selidik Merdeka Centre yang mendapati hanya 74 peratus dari 1,029 responden berpendapat kerajaan tidak telus mengendalikan isu kehilangan pesawat MH370.

Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil berkata tindakan Hishammuddin bertentangan dengan slogan kerajaan yang menyatakan rakyat perlu didahulukan.
“Disebabkan maklumat tidak telus dari kerajaan , pelbagai pihak tampil memberi maklum balas mengenai isu ini.
“Hishammuddin tidak boleh tolak pandangan rakyat, sebab dia sendiri pun tak ada maklumat yang sebenar, jadi dia tidak boleh alih perhatian terhadap ketelusan maklumat ini,” katanya ketika dihubungi Keadilandaily.
Fahmi
Kaji selidik Merdeka Center yang menunjukkan hanya 26% daripada 1,029 respondan bersetuju Putrajaya boleh dipercayai tentang tragedi penerbangan Malaysian MH370.

Pengarah Merdeka Center Ibrahim Sufian berkata, walaupun Putrajaya melakukan yang terbaik dalam menangani tragedi itu, pelbagai teori dan maklumat yang lambat sampai dari pihak berkaitan punca persepsi negatif ini.
Katanya, keputusan kajian menggambarkan pemikiran orang ramai. Walaupun tidak mencerminkan kebenaran, namun ia menggambarkan persepsi berdasarkan maklumat yang mereka peroleh.
Dalam pada itu, Fahmi turut menyokong kenyataan Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sebelum ini mendesak Hishammuddin meletak jawatan berikutan ketidaktelusan dalam menguruskan kes kehilangan pesawat itu.
“Dia (Hishamuddin) patut meletak jawatan sebab tak telus urus kes ini, maklumat yang kita dapat pun selalu bercanggah.
“Kenapa tak hormat pandangan rakyat, padahal apa yang rakyat katakan itu adalah berdasarkan kesalahan mereka sendiri.
“Jadi Hishammuddin perlu terima dan tidak seharusnya mengatakan yang pandangan awam tidak boleh dipercayai 100 peratus,” ujarnya.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud