ARTIKEL SEBELUM

16/04/14

IGP: Polis sudah siasat kes, tahan mualaf

 

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Ibrahim menjelaskan bahawa pihaknya sudah meyiasat semua laporan polis yang dibuat oleh S Deepa dan bekas suaminya Izwan Abdullah tetapi tidak dapat bertindak berhubung pertelingkahan hak jagaan.

Khalid berkata, polis sudah membuka empat kertas siasatan berhubung laporan polis Deepa, termasuk dakwaan bahawa Izwan menyerangnya dan dakwaan mualaf itu melanggar arahan perlindungan sementara.

Khalid juga malah berkata, pihaknya malah telah menahan Izwan sebelum ini dan membebaskannya dengan ikat jamin sementara menunggu siasatan lengkap.

Polis tidak menyatakan maklumat lanjut berhubung penahanan itu.

Ketua polis negara berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di Kuala Lumpur hari ini.

Deepa, seorang penganut Hindu pada 7 April memenangi hak penjagaan terhadap anaknya yang berumur enam dan sembilan tahun dari Mahkamah Tinggi Seremban.-mkini

Dua hari kemudian dia mendakwa Izwan menyerangnya dan mengambil anaknya daripada rumahnya di Negeri Sembilan.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud