ARTIKEL SEBELUM

3/04/14

China pertahan kenyataan Najib MH370 berakhir di Lautan Hindi

 Duta China ke Malaysia, Huang Huikang hari ini mempertahankan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa Penerbangan MH370 'tamat' di selatan Lautan Hindi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim.

China mempertahankan pengumuman Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak berkenaan pesawat Malaysia Airlines MH370 "tamat" di selatan Lautan Hindi dengan mengatakan Najib memilih perkataan itu bagi mengelakkan situasi tidak diingini kepada keluarga penumpang dan mereka di atas pesawat.


Duta China ke Malaysia, Huang Huikang berkata Najib memilih perkataan itu dengan berhati-hati namun ia disalah tafsir oleh pihak lain.

"Apa yang PM katakan sangat penting bagi kami namun ia mencetuskan kontroversi.

"Sesetengah orang melihatnya sebagai pesawat itu hilang, atau terhempas tanpa ada yang terselamat," katanya.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud