ARTIKEL SEBELUM

3/04/14

Adakah perpindahan undi Melayu di Kajang pengakhiran untuk Umno?

Perpindahan undi Melayu ke Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang bulan lalu adalah sebagai sambungan kencenderungan pengundi sejak pilihan raya 2008 dan ia boleh menjadi masalah besar kepada Umno dan Barisan Nasional (BN), kata penganalisis.

Penganalisis berkata kepada The Malaysian Insider, walaupun PRK Kajang diadakan selepas Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) diberikan tetapi ia tidak menghalang orang Melayu untuk menyokong Pakatan, walaupun isu ekonomi menjadi punca sokongan ini.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail mendapat 16,779 undi daripada 28,314 undi yang dibuat semasa PRK itu, menjadikan beliau mendapat majoriti 5,483 mengatasi calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun yang menerima 11,296 undi.

Walaupun peratusan keluar mengundi hanya 72% berbanding 88% dalam pilihan raya umum 5 Mei 2013, Pakatan berjaya mendapat peningkatan undi kepada 59.9% berbanding 57% dalam pilihan raya umum.

Umno perlu risau dengan perpindahan undi Melayu kerana cara kempen Umno dan Perkasa tidak meningkatkan undi kepada mereka, kata penganalisis,

"Kos sara hidup menjadi isu di Kajang. Persepsi sangat kuat menyatakan BN tidak cukup berusaha untuk mengekang ketirisan dan rasuah," kata Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC). – 3 April, 2014.TMI

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud