ARTIKEL SEBELUM

20/03/14

Radar AS kesan objek 'saiz besar'

 

Satu pasukan mencari dan menyelamat dilaporkan mengesan objek dengan “saiz besar” ketika menyiasat satu kawasan di selatan Lautan Hindi.

Laporan ABC News memetik kenyataan wartawannya, David Wright yang menaiki pesawat US Navy P-8 Poseidon di kawasan operasi tersebut.

Wright berkata, beliau diberitahu yang radar pesawat berkenaan mengesan sesuatu di bawah permukaan air.

Bagaimanapun, ABC News dalam laporan di Twitter berkata maklumat radar berkenaan dipercayai tidak berkaitan dengan objek dikesan oleh Australia.

Laporan ABC News itu memetik kenyataan seorang jurucakap Armada Ketujuh Amerika Syarikat.

Pesawat berkenaan merupakan antara pasukan pertama yang dilaporkatiba ke kawasan operasi berkenaan hari ini.

Pesawat tersebut digerakkan selepas Perdana Menteri Australia Tony Abbott mengumumkan penemuan objek di satu kawasan di kedudukan 2,500 kilometer dari barat daya Perth.

Imej objek sepanjang 24 meter dikesan oleh satelit Australia itu turut didedahkan kepada media hari ini.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud