ARTIKEL SEBELUM

2/03/14

“Pesta Sate Kajang’ tarik ribuan pengunjung

DSC_4521 


KAJANG 2 MAC : Kira-kira 2,000 pengunjung hadir memeriahkan ‘Fiesta Sate Selangor’ yang diadakan bersempena Bulan Melawat Hulu Langat, di Stadium Kajang, semalam.

Fiesta yang dianjurkan oleh Kerajaan Selangor bersama Tourism Selangor dan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) itu diadakan susulan penganjuran ‘Karnival 1001 Rasa Sate Kajang’ pada Disember tahun lalu.

Lebih menarik lagi, pengunjung yang hadir berpeluang menikmati 10,000 cucuk sate percuma di sembilan gerai sate yang disediakan selepas acara kemuncak yang dirasmikan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kira-kira jam 9.30 malam.
DSC_4497
DSC_4603

Bagi menikmati sate percuma itu, pengunjung dilihat hadir ke Stadium seawal jam 7 malam bersama keluarga dan golongan belia.

Selain gerai sate, fiesta itu turut disertai oleh peniaga dari program skim Mikrokredit Miskin Bandar (Mimbar) dan peniaga dari industri kecil dan sederhana (IKS) yang berpeluang memperkenalkan produk makanan mereka.

Antaranya, bahulu, telur pindang, susu perisa dan sebagainya.

Selain itu, hadirin dimeriahkan dengan kehadiran maskot upin ipin yang sentiasa menarik perhatian kanak-kanak.

Antara aktiviti lain yang turut diadakan selama dua hari penganjuran itu antaranya pertandingan makan sate, cucuk sate, Kajang Idol dan pameran produk perlancongan negeri serta dihiburkan persembahan artis seperti Sofaz dan Afzan.

Hadir sama ke program itu Exco Pelancongan, Elizabeth Wong dan Exco Kesihatan, Usahawan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Dr Daroyah Alwi.

Turut hadir Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang, Datuk Hasan Nawawi Abd Rahman dan Pengurus Besar Tourism Selangor, Noorul Ashikin Mohd Din.

Penganjuran julung kali itu memfokuskan kepada makanan sebagai produk utama yang cuba diketengahkan untuk tarikan pelancong dalam dan luar negara.

Sate yang begitu sinonim dengan negeri Selangor dan Bandar Kajang sememangnya menjadi tarikan utama pelancong sejak lama dahulu lagi.

EZY

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud