ARTIKEL SEBELUM

10/03/14

Gambar dua penumpang misteri akan didedahkan

 

SEPANG - Foto dua penumpang misteri yang didakwa menggunakan pasport curi akan didedahkan dalam masa terdekat.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, siasatan masih dijalankan dari pelbagai sudut oleh pasukan risikan negara dan antarabangsa.

"Kita masih belum boleh dedahkan. Tetapi setelah selesai siasatan dilakukan kita akan dedahkan pada umum," katanya pada sidang media, hari ini.

Hishamuddin sebelum itu mengadakan pertemuan tertutup dengan deligasi daripada China yang terdiri daripada wakil kementerian dan parti.

Menurut beliau, tiga fokus utama yang menjadi perbincangan antara deligasi itu adalah mengenai usaha mencari dan menyelamat (SAR), mengenalpasti dua penumpang yang menggunakan passport curi dan usaha membantu ahli keluarga yang terlibat dalam kehilangan pesawat MH370.

Hishamuddin turut mengingat orang ramai untuk tidak menyebarkan berita palsu atau membuat sebarang spekulasi sehingga menjejaskan usaha mencari MH370.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud