Rakyat Malaysia secara am dan penganut beragama Islam secara khusus di negara ini tidak lupa tragedi berdarah Memali yang berlaku ketika Malaysia di bawah pentadbiran Perdana Menteri keempat, (Tun) Dr Mahathir Mohamad.
Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, Perdana Menteri 22 tahun itu juga dianggap licik, kerana kemudiannya kesalahan diletakkan ke atas bahu Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Musa Hitam (kini Tun)
“Tun Mahathir licik dan bijak dalam permaianan politik kerana dia meletak semua masalah ini di atas bahu Musa Hitam,” kata Mahfuz .
Beliau mengulas Oerasi Lalang yang berlaku pada 1987 yang bermula dari kontroversi tindakan kerajaan menghantar guru besar dan guru penolong kanan yang tidak mempunyai kelayakan bahasa Cina ke sekolah-sekolah rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC)
Sedangkan kata ahli parlimen Pokok Sena itu, bekas Perdana Menteri itu sendiri menarik semula bantuan pendidikan agama Islam, susulan tragedi Memali.
Tegas Mahfuz, orang Islam di negara ini tidak akan melupakan tindakan dilakukan pentadbiran Tun Dr Mahathir sehingga ke hari ini.
Peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985 mengorbankan 14 oran dan berpuluh-puluh yang lain tercedera manakala beratus-ratus ditahan termasuk di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
“Ini tindakan yang kejam dilakukan oleh Tun M terhadap orang Islam,” kata Mahfuz.
“Sebelum ini Ustaz Ibahim melaksanakan pendidikan Islam di kampungnya, tetapi ditolak pelaksanaannya.
“Ini adalah permainan politik dia sendiri kerana dia yang mengatur segala percaturan politik ini dari mula lagi,” kata Mahfuz.
KD
KD