ARTIKEL SEBELUM

19/02/14

Tawaran Hebat ..percuma lagi .....

Kerajaan Selangor bersedia menawarkan pemberian air percuma 20 meter padu kepada penduduk Kuala Lumpur dan Putrajaya, sekiranya penstrukturan air di negeri itu berjaya diselesaikan.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata perkara itu merupakan sebahagian daripada perancangan manfaat daripada penstrukturan air Selangor.

“Perbelanjaan kos melaksanakan pemberian air percuma di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dianggarkan RM2 bilion setahun,” katanya ketika berucap dalam Malaysian Power and Water Summit 2014.

Jelas Abdul Khalid, rundingan penstrukturan ini sudah berada di peringkat akhir dan berharap akan dimuktamadkan dalam tempoh dua minggu.

Tambahnya, pelan penstrukturan air ini bukan menjurus kepada unjuran untuk tahun 2020 malah boleh diteruskan sehingga tahun 2035.

Kata beliau lagi, Kerajaan Negeri kekal dengan tawaran sebanyak RM9.65 juta kepada syarikat konsesi air dan tidak akan membayar dengan harga lebih rendah daripada itu.

Sekiranya harga berkenaan tidak dipersetujui, syarikat konsesi boleh membawa perkara ini ke peringkat Timbang Tara untuk diputuskan dan Kerajaan Negeri bersedia untuk membayar harga yang bakal diputuskan.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud