ARTIKEL SEBELUM

11/02/14

Peliknya !! kerana sebiji bola baru guna Al Quran tapi bila memerentah tolak quran


Kerana sebiji bola dan kerana sebuah piala" Liga Super " Al Quran jadi pemainan .

Main bola  tidak tara mana pun, Gaduh je lebih..


Rangking Fifa pun bola sepak kita jauh melantun kelautnya, kecoh je lebihnya........

Dengan ikhlas aku tak sokong dengan tindakan team Ganu  buat sumpah dengan Al Quran konun nak menegak kebenaran dalam  "insiden terowong"...

Inilah yang  peliknya bangsa kita kerana nak menegak kebenaran baru cari Quran untuk buat rujukan ,bila nak bersumpah baru cari Al-Quran tapi dalam memerintah terus tolak Al-Quran..

Ini yang menyedihkan kita.....

Andai bersumpah itu sudah boleh buktikan kebenaran, maka eloklah mahkamah seluruh Malaysia ditutup.

Mana mufti Ganu...?.

Mana cerdik pandai agama...?

Tolong bersuara dalam hal ini...



 
penolong jurulatih, Azlan Johar dan pemain tengah T-Team, Khairan Ezuan Razali melafazkan sumpah di depan al-Quran, di Kuala Terengganu,



Seorang pemain dan penolong jurulatih pasukan T-Team malam tadi bersumpah dengan Al-Quran di hadapan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said bagi membuktikan kebenaran insiden kekecohan dalam terowong di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada 1 Feb lepas.

Upacara itu dilakukan dalam majlis khas di Hotel Tabung Haji (TH) & Convention Center di sini pada kira-kira 10 malam sempena majlis perjumpaan pegawai dan pemain bola sepak Liga Super, Terengganu dan T-Team.

Majlis itu diadakan berikutan Menteri Besar Terengganu meminta pemain dan pegawai skuad The Titans itu bersumpah Al-Quran berhubung kebenaran insiden kekecohan dalam terowong menuju ke bilik persalinan pemain sebaik tamat aksi separuh masa pertama kempen Piala FA antara pasukan itu dengan Johor Darul Takzim (JDT) di stadium itu minggu lepas.

Upacara bersumpah itu didahului penolong jurulatih Azlan Johar dan diikuti pemain tengah Khairan Izuan Razali. Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri Rozi Mamat dan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud