ARTIKEL SEBELUM

14/02/14

Khalid Samad 'kecewa' kenapa ??


MP Shah Alam Khalid Samad 'kecewa' Ahli parlimen Tanjong Karang Datuk Seri Noh Omar gagal 'menyekolahkannya' sewaktu berdebat dengan tajuk Kalimah Allah: Dari Sudut Perundangan anjuran MobTV pada Isnin lalu.

Ini kerana, kata Khalid, Noh menyarankan supaya mematuhi keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan dan negeri dan manakala soal perlembagaan negara diserahkan kepada mahkamah setelah beliau mengaku "tidak pakar" soal hukum Islam dan perlembagaan.

"Saya hairan dengan sikap beliau ini. Kalau Noh menganggap kita tidak layak membincang isu ini, mengapa dia cabar saya untuk berdebat?

"Kalau Noh anggap beliau tidak cukup pakar, mengapa beliau berkata beliau ingin sekolahkan saya?

"Maka kecewa teramatlah diri saya dalam soal ini kerana tidak bertambah ilmu saya walau sedikit pun setelah bermuzakarah lebih sejam bersamanya.

"Hanya yang terserlah adalah kecelaruan pemikiran yang biasa pada mana-mana pimpinan Umno/BN," tulis Khalid dalam blognya semalam.

Khalid turut menyindir Noh bahawa pengerusi Umno Selangor itu "tidak mampu menilai dan memberi pandangan" berhubung isu itu menyebabkan memilih jalan selamat dan tidak memberi sebarang komen terhadap hujah yang dikemukakan kepadanya.

"Ayat Quran yang mempunyai makna dan maksud yang jelas ditepis dengan sekadar menyatakan, “kamu bukan ulama. Kenapa kamu tidak menjadi anggota Dewan Ulama PAS?” dan sebagainya.

"Sekadar itu sahajalah kemampuan dirinya sambil menyerang peribadi saya berhubung tauliah saya yang tidak dilanjutkan dan tuduhan kertas putih terhadap saya semasa saya ditahan ISA," katanya. MK

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud