ARTIKEL SEBELUM

16/02/14

ADUN BN Bkt Naning perlu letak jawatan

 
PKR mendesak Ketua Bahagian Bakri dan ADUN Bukit Naning Datuk Saipolbahri Suib meletakkan jawatan selepas digantung keahlian kerana terlibat dalam politik wang pada pemilihan parti Umno November lalu.

Pengerusi PKR Johor Datuk Chua Jui Meng berkata parti itu memandang serius isu tersebut kerana ia merupakan satu bentuk rasuah sambil mendakwa politik wang "cukup kronik" berlaku dalam Umno.

Sehubungan itu, beliau telah mengarahkan anggota PKR Johor membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membolehkan siasatan dilakukan terhadapnya.

"Anggota-anggota KEADILAN Johor telah diarah untuk membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak SPRM perlu menyiasat kes ini dengan teliti dan secepat mungkin.

"Pada masa yang sama, ADUN Bukit Naning wajib meletak jawatan kerana keterlibatan beliau di dalam politik wang yang merupakan satu bentuk rasuah sewaktu pihak SPRM menjalankan siasatan terhadap beliau," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 10 Februari lalu, Bernama melaporkan Setiausaha Umno Johor Mohd Jais Sarday mengesahkan Saipolbahri digantung keanggotaannya kerana terlibat dalam politik wang tetapi enggan mengulas lebih lanjut tentang tempoh penggantungan yang dikenakan.

Manakala laporan itu juga memetik sumber-sumber berkata Saipolbahri bersama empat pemimpin Umno bahagian itu digantung keanggotaan mereka selama dua penggal oleh Jawatankuasa Tatatertib dan Disiplin Umno.

Empat yang lain Setiausaha Bahagian Mat Saad Amat, Ketua Penerangan Bahagian Yaacob Jamian, anggota Jawatankuasa Bahagian Uzir Sahid dan Naib Ketua Wanita Bahagian Safiah Siwon. Mereka dilapor akan mengemukakan rayuan.

Dalam kenyataan itu juga, Chua berharap gejala itu tidak merebak dalam PKR memandangkan pemilihan parti akan berlangsung tahun ini dan jawatankuasa pemilihan parti telah menggariskan panduan jelas demi memastikan budaya jelek itu tidak akan dipraktikkan dalam pemilihan parti.

MK

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud