ARTIKEL SEBELUM

3/12/13

Runtuh lagi- Bumbung runtuh kurang 14 bulan dibina

 
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Kuala Terengganu (Pas), Datuk Raja Kamarul Bahrin kecewa dengan satu lagi insiden bumbung runtuh di Terengganu iaitu di Bangunan Dewan Canselor Kolej Universiti Tati (Tatiuc) di Teluk Kalung, Kemamam, semalam.


Menurutnya, bumbung dewan kolej tersebut runtuh dalam tempoh kurang dari 14 bulan selepas siap dibina.

"Saya sangat kecewa dengan insiden itu yang menunjukkan pelaksanaan dan urus tadbir sangat lemah.

"Kejadian seumpama itu adalah yang ketiga berlaku tahun ini di negeri itu," katanya kepada media di lobi Parlimen, hari ini.

Beliau berkata, kejadian yang kerap itu amat menggerunkan masyarakat dan menimbulkan persoalan tindakan diambil kerajaan terhadap kontraktor dan pembekal yang menyebabkan keruntuhan tersebut.

"Jawapan diberikan Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin adalah kontraktor tersebut akan disenaraihitamkan. Tetapi hasil penyelidikan pihak kami, ada kontraktor itu masih mendapat projek lain seterusnya berlaku lagi kejadian runtuhan.

"Hal ini menunjukkan masalah perlaksaan penguatkuasaan yang tidak tegas menyebabkan masalah sama terus berulang. Dan kenapa ia banyak berlaku di Terengganu?," katanya.

Bangunan berharga RM17 bilion itu dibuka pada Oktober lalu dan boleh memuatkan sekurang-kurangnya 2,000 orang pada satu masa.

sh

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud