ARTIKEL SEBELUM

4/12/13

Khalid membisu cabar Azmin dalam pemilihan PKR

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim enggan mengulas sama ada beliau akan mencabar Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dalam pemilihan parti itu tahun hadapan.

"Perkara itu tidak pernah kita bincangkan di khalayak ramai dan saya rasa parti kita perlu mempunyai tata tertib dan membuat pengumuman apabila kita perlu untuk mengumumkannya," katanya ketika ditanya mengenainya selepas merasmikan Forum Masyarakat Ekonomi Asean (AEC) 2015 anjuran SSIC Bhd di sini, hari ini.

Ditanya sama ada beliau akan mencabar Mohamed Azmin jika ada permintaan, beliau juga enggan mengulas.

Abdul Khalid turut menafikan bahawa kritikan Mohamed Azmin mengenai pengumuman kenaikan gaji dan elaun Adun, Menteri Besar, Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Speaker dan Timbalan Speaker minggu lepas yang dikatakan tinggi, ada kaitan dengan pemilihan akan datang.

Sebelum ini, hubungan di antara Abdul Khalid dan Mohamed Azmin yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Negeri (BBC) Selangor digambarkan pihak tertentu sebagai tidak begitu 'mesra' apabila Mohamed Azmin sering mengkritik pentadbiran Abdul Khalid. - Bernama

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud