ARTIKEL SEBELUM

11/12/13

N 20 Lubuk Merbau ada PRK ??



Semalam 10 disember Mahkamah telah membuat keputusan dengan mengekakan kemenangan UMNO di DUN Manong, DUN Rungkup, DUN Pasir Panjang dan DUN Selama. Tetapi mahkamah menangguhkan keputusan petisyen untuk DUN Lubuk Merbau.

Begitu juga penangguhan rayuan untuk Parlimen Tapah dan Parlimen Bagan Datuh. Keputusan mungkin akan disebut pada 23/12/13.

Penangguhan ini menjadi tanya dan menarik perhatian kerana adakah akan ada satu keputusan yang mengejutkan atau sebaliknya nanti

Adakah Mahkamah akan menyebelahi petisyen dari Pas ? jika ada mungkin akan ada PRK di DUN tersebut. Dalam PRU13 yang lalu bagi N20 dun Lubuk Merbau, calon UMNO Datuk Siti Salmah Mat Jusak hanya menang tipis disitu iaitu 53 undi mengatasi calon PAS, Mohd Zainuddin Mohd Yusof.

Isu besar dalam petisyen yang di bawa oleh Mohd Riduan [pemetisyen] ialah penipuan borang 14 iaitu kehilangan kertas undi sebanyak 500 melebihi dari majoriti yang di menangi oleh calon BN itu.

Seandainya Mahkamah memberi laluan diadakan PRK di DUN ini dan ditakdirkan dimenangi oleh calon PAS atau Mahkamah memberi kemenangan terus melalui mahkamah kerajaan UMNO Perak masih tetap kekal memerentah Perak ,tetapi dengan majoriti tipis iaitu satu kerusi. Majoriti bahaya tu.


Tetapi itu hanya andaian atau harapan aku ,Apakah semudah itu UMNO mahu menyerahkan kerusi dun Lubuk Merbau kepada PAS?

Logik akal aku, kerajaan sah Pakatan Rakyat dibawah menteri besar Nizar dulu pun mereka boleh rampas inikan semasa mereka berkuasa , maknanya tipis la harapan...

Apa pun tunggu lah debaran 23 dis ini apakah jawapannya dari kamar tuan Hakim. Bagi aku buat parti Pas atau PR amnya berkerja lah dari sekarang bertemu dan menyantuni rakyat Perak.keran itu yang sebenornya.

Kita tunggu PRU 14 nanti untuk merampas kembali negeri Perak .

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud