KUALA TERENGGANU - Tindakan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang menahan dua buah lori Gardenia untuk mengagihkan bekalan rotinya kepada mangsa banjir di Kemaman baru-baru ini mendapat pujian pembangkang.
Dalam sesi perbahasan Belanjawan 2014 di Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu hari ini, Hishamuddin Abdul Karim (Pas-Tepoh) memuji tindakan Menteri Besar yang menahan kenderaan berkenaan di kawasan Chendor, Pahang minggu lalu.
Hishamuddin berkata, Menteri Besar tidak sanggup melihat rakyat kelaparan akibat terperangkap dalam banjir selepas laluan Kemaman-Kuantan ditutup akibat dinaiki air.
"Saya kira, jika saya berada di tempat Menteri Besar ketika itu, saya juga akan melakukan perkara yang sama atas faktor kemanusiaan," katanya. benama