Cerita syiah dah habis, tiba tiba pulak keluar cerita guling kerajaan? ha ha ha...
Kelakor memang kelakor ..
Kelakor memang kelakor ..
Yang aku nampak semua ini satu saje iaitu untuk alih isu kenaikan harga barang dan keperluan asas yang memang menyusahkan rakyat marhaen yang tengah hangat sekarang.
Rakyat dilalaikan dengan momokan isu isu sensasi seperti syiah dan ter now ialah menguling kerajaan supaya semua rakyat dan yang terutama sekali macai macai BN terleka dan berkhayal serta akan bersimpati dengan kerajaan.
Aku memang sokong dan amat bersetuju untuk mengulingkan kerajaan , tetapi bukan cara kotor seperti yang digembar gemburkan.
Aku hanya menyokong cara mengulingkan kerajaan BN melalui kertas undi semasa pilihan raya itu saje faham.
Sekali lagi aku gelak nguling nguling pasai kelakor dengor berita ini ha ha ha.....
Baca [ bawah ] penafian SAMM.
SAMM nafi terlibat himpunan guling kerajaan
SHAH ALAM - Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang menganjurkan Protes Rakyat Ambang 2014 di Dataran Merdeka, hujung bulan ini menafikan penglibatan mereka dalam satu penganjuran himpunan di lokasi sama yang bertujuan mengguling kerajaan.
Pengarah Propagandanya, Edy Noor Reduan berkata, tidak dinafikan ada pihak atau individu tertentu yang bertindak agresif cuba untuk menganjur perhimpunan di lokasi sama dengan harapan menggulingkan kerajaan.
“Namun sekiranya kerajaan yang lemah ini terguling dengan sendirinya hasil dari 'polisi' yang diperkenalkan, maka tidak boleh disalahkan sesiapa melainkan kerajaan itu sendiri," katanya.
Beliau berkata, Protes Rakyat Ambang 2014 itu bagi menyatakan bantahan terhadap peningkatan kos sara hidup secara melampau.
Menurutnya, ambang tahun 2014 yang disambut di Dataran Merdeka setiap tahun dipilih sebagai waktu dan lokasi yang paling sesuai untuk sebuah protes rakyat besar-besaran.
“Mutakhir ini, rakyat telah dikejutkan oleh pelbagai kenaikan harga barangan dan perkhidmatan sekali gus meningkatkan kos sara hidup secara mendadak. Ia menerbitkan kegelisahan orang ramai terpancar melalui pelbagai laporan media termasuklah di media sosial. Malah, respons kebanyakan menteri terhadap kenaikan ini turut memacu kemarahan rakyat.
"SAMM menyeru kepada semua pihak termasuk badan bukan kerajaan, aktivis dan orang ramai tanpa mengira warna kulit dan fahaman kepartian. SAMM percaya semua tidak terkecuali, sama ada penyokong kerajaan atau sebaliknya, merasai bebanan kenaikan harga barang serta perkhidmatan yang melampau dan bertindan-tindan,” katanya dalam satu kenyataan.
Edy berkata, bagi SAMM, jelas himpunan di Dataran Merdeka adalah sebuah protes anjuran rakyat marhein.
"Ia sebuah protes yang aman selari dengan seruan supaya orang ramai hadir tidak membawa apa-apa senjata,” katanya,