ARTIKEL SEBELUM

19/12/13

Astaghafirrullah al azim !! mereka hina Al Quran...

Ingatkan kes ini berlaku di negeri kufar rupanya di negeri umat islam sendiri, sedih serta marah aku bila melihat Al Quran diperlakunkan dan dihina begini.

Satu perbuatan yang terang terang biadap dan menonjolkan sikap kejahilan mereka yang melakukan kerja ini, moga mereka mendapat balasan dari perbuatan kerja jahat mereka.

Sesungguhnya hidayah itu milik Allah.

Hanya beberapa golongan sahaja yang tidak akan merasa bersalah bila membuat kerja kerja ini  iaitu...

1 - Orang gila.
2 - Orang kafir laknatullah.
3 - Golongan orang murtad.
4 - Golongan orang munafik.
5 - Orang ajaran sesat.

wallahualam ~

 Perbuatan biadap! Puluhan al-Quran dibuang




.

Perbuatan biadap! Puluhan al-Quran dibuang

RIYADH - ARAB SAUDI. Lebih 50 al-Quran ditemui di dalam sistem pembetungan di bandar Taif dalam satu insiden menggemparkan di Arab Saudi.

Menurut jurucakap Suruhanjaya Kebajikan dan Pencegahan Maksiat, kejadian itu dilaporkan oleh seorang pelajar tempatan yang sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di daerah Al-Salama.

Susulan daripada itu, pihak berkuasa bertindak segera menghubungi bomba untuk membuka saluran sistem pembetungan tersebut sebelum menemui puluhan al-Quran terbabit.

Media tempatan melaporkan gambar penemuan al-Quran yang telah dikoyakkan sebelum dibuang ke dalam sistem saliran itu turut menjadi perbualan hangat di kebanyakan laman sosial dan ia disifatkan sebagai perbuatan biadab individu tidak bertanggungjawab.

Difahamkan, laporan dipetik dari Press TV, insiden sama pernah dilaporkan pernah berlaku pada awal tahun lalu dan ia telah mencetuskan kemarahan banyak pihak kerana kejadian tersebut berlaku di sebuah negara Islam.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud