ARTIKEL SEBELUM

8/11/13

Karpal nafi minta batal pendaftaran Pas

SHAH ALAM - Pengerusi DAP, Karpal Singh hari ini menafikan mengeluarkan kenyataan meminta pendaftaran Pas dibatalkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Beliau juga dilaporkan berkata, Pas adalah parti yang memperjuangakan kepentingan masyarakat berbilang kaum tidak seperti parti komponen dalam BN.

"Saya tidak meminta pembatalan pendaftaran Pas.

"Ya, saya telah menyatakan bahawa parti-parti politik berasaskan kaum dan badan-badan profesional perlu membuka ruang kepada kaum-kaum lain termasuk Pas.

"Bagaimanapun, saya turut mengakui keperluan Pas dalam masyarkat berbilang kaum yang turut mempunyai sayap penyokong bukan Islam," katanya yang dipetik dalam satu portal berita, hari ini.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud