(Oleh Sidiqin Omar)
KUALA LUMPUR 18 OKT: Satu himpunan bagi mempertahankan hak bersuara dan kebebasan maklumat kepada mahasiswa Malaysia di luar negara akan diadakan di Elder Hall, Adelaide University, Australia.
Menurut laman Facebook Adun Semambu, Pahang, Lee Chean Chung, himpunan akan diadakan pada hari Sabtu , 19 Oktober ini bernula jam 10 pagi, waktu Australia.Peserta himpunan turut digalakkan memakai pakaian hitam sebagai simbol bantahan.
“Sejurus selepas insiden pemegang biasiswa JPA diberi amaran supaya jangan hadir program Anwar Ibrahim di Australia, sekumpulan mahasiswa kita akan membuat bantahan di Universiti Adelaide.
“Saya memberikan sokongan penuh kepada mereka yang berani dan matang,” tulis Lee di laman Facebook beliau.Himpunan dibuat sebagai bantahan terhadap amaran Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) dipercayai kepada semua penerima biasiswa JPA daripada menghadiri sesi awam bersama Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, read more