ARTIKEL SEBELUM

13/10/13

M'sia tangga ke-18 dalam statistik Facebook

 

Mungkin ramai yang tidak tahu bukan semua pemimpin asing dibenar melawat Silicon Valley di Sans Francisco, Amerika Syarikat yang dilihat penuh dengan "rahsia besar" industri media baharu dan teknologi maklumat.

Mengakui hakikat itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata justeru lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di situ bulan lepas merupakan satu penghormatan besar yang didasari atas keterbukaan Malaysia dalam industri teknologi maklumat global.

"Ini merupakan satu penghormatan kerana pada kebiasaannya mereka tak perlu berurusan dengan sesebuah kerajaan," katanya dalam temu bual dengan Bernama, di Kemaman.

Menurut Ahmad Shabery, pembabitan Malaysia dalam teknologi maklumat bukan perkara baharu terutama dengan penubuhan Koridor Raya Multimedia pada 1998, sekali gus "membuka" Malaysia kepada aliran maklumat.

Dalam lawatannya ke wilayah teknologi maklumat itu pada 25 Sept lepas, Perdana Menteri mengadakan pertemuan peribadi dengan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg, di ibu pejabat laman sosial berkenaan di Menlo Park, selain melawat ibu pejabat Google dan Twitter.

Najib dan Zuckerberg dilapor membincangkan mengenai kerjasama yang mungkin boleh dijalin antara Facebook dan Malaysia.

Perbincangan juga berkisar terhadap usaha untuk merapatkan jurang digital dan mendekatkan kemudahan Internet serta peluang-peluang digital lain kepada mereka yang tidak berhubungan setakat ini.

Ahmad Shabery berkata Facebook merupakan laman yang paling dikunjungi di Malaysia dan mempunyai 12,747,100 pengguna setakat ini, meletakkan negara di tempat ke-18 dalam statistik Facebook mengikut negara.

"Berdasarkan jumlah itu, 70 peratus rakyat Malaysia memiliki akaun Facebook," katanya.

Beliau juga berpandangan teknologi maklumat dan media baharu bukan ancaman sekalipun ada pihak yang mengambil kesempatan untuk menyalah guna kemudahan itu.

- Bernama

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud