ARTIKEL SEBELUM

31/08/13

Lelaki maut berlumuran darah bersama sepucuk pistol Barreta

 Lelaki maut tembak diri sendiri

Seorang lelaki ditemui dalam keadaan berlumuran darah bersama sepucuk pistol Barreta di tangan kanannya di Taman Bidara, di sini, petang semalam.

Menurut sumber, sebelum kejadian, kira-kira jam 12.30 tengah hari, mangsa Yap Boon Hua, 34, dikatakan menjerit sebelum menembak dirinya sendiri.

Saksi kejadian, Natasha Amira Amran, 15, berkata, ketika kejadian dia sedang berjalan kaki pulang ke rumah sebelum terdengar bunyi deruman enjin yang sangat kuat dari dalam sebuah garaj kereta.

Dia kemudiannya pergi menjenguk dan terlihat seorang lelaki berlumuran darah di dalam dalam kereta.

"Saya lihat dia berlumuran darah dan meminta tolong jiran untuk menelefon ambulan," katanya.

Menurutnya, kira-kira jam 1 tengah hari, ambulan tiba dan menyelamatkan lelaki itu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisoner Abdul Rahim Abdullah berkata, motif sebenar kejadian masih disiasat.

"Siasatan awal mendapati barang kes berada pada tangan kanan suspek, iaitu pistol Baretta bersama sarungnya berwarna hitam.

"Kita masih menyiasat sama ada pistol itu dimiliki mangsa atau orang lain," katanya.

Beliau berkata, lelaki itu turut mempunyai tujuh rekod jenayah lampau.

Mangsa dibawa ke Hospital Selayang untuk rawatan dan disahkan meninggal dunia kira-kira jam 2 petang akibat kecederaan kesan tembakan sebelah kanan kepalanya. -sh

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud