SHAH ALAM - Penerbit video '1 Hari Di Hari Raya' yang didakwa menghina Islam, Maznah Mohd Yusof, 38, atau lebih dikenali sebagai Chetz, akan dibebaskan hari ini.
Perkara itu disahkan oleh peguamnya Latheefa Koya.
"Baru sahaja selesai bercakap dengan pegawai penyiasat, Chetz akan dibebaskan hari ini.
"Ahli keluarganya sedang dalam perjalanan ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Segamat," katanya yang dipetik dari laman mikro Twitternya sebentar tadi.