Rayuan kerajaan terhadap keputusan kes pertuduhan liwat membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijadual berlangsung esok, mungkin ditangguh berikutan ketua peguam bela, Karpal Singh (gambar) dimasukkan ke hospital.
"Kita akan buat permohonan penangguhan kerana Karpal tidak sihat. Beliau kini ada di hospital dan dijangka berada di mahkamah, dua tiga hari lagi.
Kerajaan membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah yang membebaslkan Anwar dari pertuduhan liwat dan dijadual didengar di Mahkamah Rayuan Putrajaya esok.
Pada 9 Januari lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Anwar dari pertuduhan liwat terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan di Kodomunium Desa Damansara antara jam 3.10 dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. - TMI