ARTIKEL SEBELUM

22/07/13

Gitarist terkenal Sham Kamikaze di hujani cacian dan ingin kembali kepada muzik


salah satu posting di facebook yang menghentam Sham Kamikaze




Bekas artis dan guitarist terkenal negara Sham kamikaze telah dihujani cacian oleh ramai pelayar siber yang tidak berpuas hati dengan kenyataan beliau dalam satu ciri ceramahnya di TV Al-Hijrah.

Sham Kamikaze telah mengisi satu slot tazkirah terbitan TV Al Hijarah yang bertajuk "Hadiah Kepada Si Mati" telah mengemukakan hujjah bahawa amalan membaca Al-Fatihah atau bacaan Al-quran tidak sampai kepada Si mati.

Rentetan dari cacian yang di terima beliau telah mengeluarkan satu kenyataan didalam page facebooknya bahawa beliau tidak akan menyentuh  bab agama atau yang berkaitan denganya lagi. Seakan kecewa beliau menyatakan mahu kembali bergiat dalam bidang muzik menurutnya itulah bakat yang di anugerahkan oleh Allah kepada nya.

"Mudah mudahan lebih aman dan tidaklah berlaku 'perpecahan' di kalangan umat . Apapun, Jazakumullah Khairan Kathira kepada sahabat semua. Saya akan hanya fokus kepada bidang yang mana saya adalah 'ahlinya' iaitu muzik. Tak perlulah lagi sesiapa nak berbalah atau fitnah memfitnah dengan sanad syaitan dan sebagainya ujar Sham didalam laman facebooknya.






 Klik sini [Sham Kamikaze ]






posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud