Kandungan Rokok tidak merbahaya?
Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan bahawa shisha adalah haram.Umat Islam adalah dilarang menghisap shisha atau menyediakan perkhidmatan tersebut serta sebarang aktiviti yang berkaitan dengannya.
Keputusan itu diambil setelah mendengar pembentangan dan penjelasan pakar-pakar daripada Kementerian Kesihatan termasuk meneliti maklumat serta bukti perubatan mengenai mudarat akibat shisha.
"Pengharaman shisha juga adalah kerana jelas memudaratkan kesihatan, membazir serta mensia-siakan masa dan harta selain dikategorikan sebagai satu perkara buruk atau keji yang perlu dihindari semua umat Islam.
Taniah Majlis Fatwa kerana berani mengeluar fatwa mengenai shisa, bende yang tak elok kepada manusia memang wajar di haramkan kerana tak membawa faedah kepada penghisapnya.
Saya sokong langkah yang di ambil oleh majils fatwa, cuma merasa pelik dan janggal kenapa majlis fatwa tidak berani membuat keputusan yang sama dengan mengharamkan penjualan serta meghisap serta yang berkaitan dengan rokok kerana kesan merokok cukup jelas memudarat serta tidak memberi faedah terhadap penghisap.
Yang penting lima asas maqasid syariah iaitu menjaga agama,jiwa,akal keturunan dan harta dapat di perlihara.
Kenapa adanya pengharaman terpilih diantara Shiha dengan rokok? sedangkan kedua duanya jelas memudaratkan kepada penghisap.Nampak disini kepincangan yang cukup bercaggah fatwa diantara rokok dan shisa.
Adakah faktor sumber pendapatan kerajaan maka diantara shisa dan rokok penjadi pemisah antara haram dan mahkruh?
Nampak sangat seperti ada kepentingan kenapa hanya shisa yang di haramkan berbanding rokok.
Begitu juga bila timbul persaing rokok yang agak popular ketika ini iaitu rokok elotonik ada desakan menyuruh kerajaan kerajaan megharamkan pengunaan rokok eletonik [sini ] kerana membahaya kesihatan serta tidak membawah faedah kepada penguna.
Kenapa mahu megharamkan rokok eloronik ? sedangkan antara rokok asli dengan eletonik tidak jauh beza atau adakah kerana ia tidak membawa hasil kepada kantung pembendaharaan negara ?
Tetapi ROKOK yang jelas membawa keuntungan jutaan ringgit kepada Gomen masih bersepah dijual dan boleh dibeli oleh semua golongan terutama yang di bawah umur walaupun jelas memberi resiko kepada penguna, tetapi majlis fatwa masih bercanggah serta takut mengeluar fatwa.
nampak sangat hipokrit ...