ARTIKEL SEBELUM

10/06/13

CEO AirAsia X mendapat sokongan adik Najib kerana ‘berterus-terang’

KUALA LUMPUR, 10 Jun — Ketua Pegawai Eksekutif CEO  AirAsia X Azran Osman hari ini menerima pujian daripada CEO Kumpulan CIMB Datuk Seri Nazir Razak (gambar) yang melabelnya sebagai “tanda sebagai pemimpin” walaupun dikritik akhbar milik Umno Utusan Malaysia dan kumpulan pendesak Melayu ekoran kenyataannya di laman Twitter.

Peneraju syarikat tambang murah itu menjadi sasaran akhbar Umno itu sejak bulan lalu selepas beliau mengkritik akhbar berkenaan secara terbuka yang dikatakannya bersifat perkauman selepas Pilihan Raya 2013 pada 5 Mei lalu.

Nazir, yang merupakan pembiaya utama Air Asia X memuji Azran kerana meluahkan isi hatinya dengan mempercayai ia adalah perkara yang benar.



Itulah tanda seorang pemimpin,” kata Nazir ketika pelancaran prospektus Air Asia X di sini pagi tadi.

Adik bongsu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu menambah disebabkan kualiti seperti itu pasukan syarikat penerbangan berkenaan yang menunjukkan 70 peratus perkembangan tahunan keuntungan sejak dilancarkan pada November 2007.

Azran dikritik bulan lalu selepas beliau melalui akaun twitternya, @azranosmanrani, mengatakan melihat serangan perkauman selepas pilihan raya.

Beliau turut dilaporkan menerima kritikan daripada Perkasa, kumpulan pendesak Melayu atas kenyataan kerasnya itu.-TMI

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud