Tahniah diucapkan ke atas Ustaz Azhar Idrus (UAI) kerana selamat diijabkabulkan dengan anak saudara Tn Hj Omar bin Tahar, Ketua Cawangan Keramat Permai AU 1, Hulu Klang, Gombak, majlis ini merupakan pernikahan beliau dengan isteri ke tiga .
UAI yang begitu popular di semua peringkat usia turut dikenali sebagai ‘Ustaz Youtube’ dan berdakwah secara kreatif dan bersahaja ketika menyampaikan dakwah.
Beliau berjaya menarik semua ganerasi dari tua hingga ke generasi muda, untuk datang mendengar ceramah yang sering diadakan di seluruh negara.
UAI yang begitu popular di semua peringkat usia turut dikenali sebagai ‘Ustaz Youtube’ dan berdakwah secara kreatif dan bersahaja ketika menyampaikan dakwah.
Beliau berjaya menarik semua ganerasi dari tua hingga ke generasi muda, untuk datang mendengar ceramah yang sering diadakan di seluruh negara.
Penulis doakan Semoga jodoh berpanjangan sehingga akhir hayat .
Yang menarik pada majlis perkahwinanan Ustaz Azhar Idrus pada kali ini ialah semua madu madu sama meraikan majlis itu.
Hmmm... alangkah bahagianya lelaki dalam dunia ini jika bakal bakal madu sporting seperti mereka, tentu aman dan tenteram rumahtangga.
Taniah sekali lagi diucapkan kepada UAI ...
Pada yang ada hati nak tambah satu lagi cawagan baca firman Allah di bawah , huk huk huk...
Surat An-Nisa’ ayat 3:”… jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kawinilah) seorang saja…”
Firman Allah s.w.t :
وَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تُقْسِطُوا فِي الْيَتَامَى فَانْكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ النِّسَاءِ مَثْنَى وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ذَلِكَ أَدْنَى أَلَّا تَعُولُوا
“ Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim ( apabila kamu berkahwin dengan mereka ), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan ( lain ): dua, tiga atau empat. kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil ( di antara isteri-isteri kamu ) maka ( berkahwinlah dengan ) seorang sahaja, atau ( pakailah ) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat ( untuk mencegah ) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.” (Surah An-Nisa’:3)