ARTIKEL SEBELUM

26/05/13

Anwar tidak setuju pimpinan politik terlibat dgn GLC




PETALING JAYA - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak cadangan ahli politik terlibat dalam anak syarikat kerajaan negeri (GLC).

Menurut Anwar, sewajarnya seseorang pimpinan parti tidak seharusnya melibatkan diri dalam urusan perniagaan yang dijalankan GLC kerana ini melibatkan pengurusan tanggungjawab dua perkara berbeza iaitu perniagaan dan politik.

“Pada saya tidak perlu pemimpin parti untuk terlibat secara langsung dalam pengurusan perniagaan kerana pentadbiran awam dan urusan perniagaan adalah dua bidang dan tanggungjawab berbeza,” katanya ketika sidang media selepas Kongres Nasional Keadilan ke-9, di sini, semalam.

Ketika diminta mengulas sama ada beliau menolak cadangan Ketua Penerangan PKR, Shuhaimi Shafiei yang mahukan ahli politik yang layak dan kompeten terlibat dalam syarikat GLC, Anwar berkata, tiada sebarang keperluan ahli politik memonopoli dua bidang berbeza.

“Walaupun pemimpin itu layak dan hebat dalam kedua-dua bidang iaitu perniagaan dan politik sewajarnya tidak dicampuradukkan.

“Tan Sri Khalid dan ahli parti tidak boleh melibatkan diri dalam GLC kerana ini menimbulkan persepsi,” katanya.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud