Berita gembira buat PR !!
Undi BN di parlimen Kuala kangsar kini pecah dua, dengan ini merupakan satu tamparan hebat buat BN dalam usaha mempertahankan kerusi dan mungkin ini satu berita gembira buat calon Pas Idham Lim di Kuala Kangsar.
Dipetik dari Facebook Dato Kamilia...
Saya Kamilia Ibrahim telah disahkan oleh SPR sebagai calon bebas Parlimen Kuala Kangsar, dan dengan ini mengumumkan perletakan jawatan selaku Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, Ketua Wanita UMNO Kuala Kangsar, dan Ahli Umno," .
Inilah peluang keemasan yang patut diambil oleh calon Pas Kuala Kangsar bagi merobek ego BN dan merampas kerusi parlimen Kuala Kangsar yang belum pernah dimenangi oleh mana mana parti melainkan BN di sini.
Calon Pakatan Rakyat yang diwakili parti Pas dikerusi P.67 hanya perlu pertingkatkan lagi gerak kerja untuk meraih undi kerana undi BN kini dilihat telah berpecah dua.
Dengan ini akan berlaku pertandingan tiga penjuru dimana Dato Kamilia akan menentang calon parti BN yang diwakili oleh Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad dan Idham Lim (PAS) .
Dalam pilihan raya umum lalu veteran wanita Umno Datuk Seri Rafidah Aziz berjaya mengalahkan Dr Khairuddin Abdul Malik dengan majoriti 1,458 undi di Kuala Kangsar.
Ini kali lah ~~~
TakbirrrRRRR ...