ARTIKEL SEBELUM

20/04/13

Taktik halang DAP guna logo sendiri makan diri - Anwar



Aedi Asri

Taktik Umno BN yang memperalat Pendaftar Pertubuhan (ROS) dengan menghalang DAP dari menggunakan simbol parti sendiri pada PRU 13, memakan diri, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Mereka ingat kejutan ini akan menggemparkan kerana DAP dikait sebagai parti Cina, yang anti Melayu dan Islam.

"Kalau tujuan untuk takutkan rakyat, (ia gagal). Mereka ingat kalau DAP tak pakai (lambang) roket, akan ada masalah, orang tak boleh terima. Tak kerja bodoh ke ini?" katanya.

Berucap di Madrasah An-Nahdhoh, Permatang Pauh malam tadi, Anwar berkata, keputusan ROS sebaliknya melonjakkan lagi sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat.

"Mereka (Umno BN) ingat rakyat belum bersedia, fikir orang Melayu susah hendak pangkah DAP. Tapi, saya yakin ia membantu kita, malah untungkan Pakatan kerana lonjakkan sokongan.

"Pimpinan Umno BN bila hilang keyakinan, mereka ambil keputusan kurang bijak dan gopoh. Keputusan ini memakan diri," katanya.

Semalam, DAP memutuskan akan menggunakan logo PAS bagi Semenanjung Malaysia dan KEADILAN bagi Sabah dan Sarawak yang dipersetujui tertinggi pimpinan Pakatan.

Ketetapan itu diambil selepas parti itu menerima surat ROS berhubung penggantungan Jawatankuasa Eksekutif Pusatnya.

Seperti SPR, SPRM, polis dan institusi kehakiman, ROS juga dianggap antara jentera Umno BN untuk mengekal kuasa melalui 'keputusan teknikal'.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud