ARTIKEL SEBELUM

28/04/13

Sejarah di cipta kerana Ceramah Tuan Guru




Kedatangan Tuan Guru Hj Hadi ke Kuala Kangsar semalam cukup bermakna buat Pas Kuala Kangsar dalam kempen pilihan raya kali ini.

Ini kerana tempat berlangsung majlis ceramah pada malam itu telah dibenarkan diguna oleh Majlis Perbandaran Kuala Kangsar buat pertama kalinya.Bukan senang premis Kerajaan boleh digunakan oleh pembangkang lebih lebih lagi untuk tujuan berkempen menjatuhkan BN.

Semasa Pakatan Rakyat berkuasa selama 11 bulan di Perak , Arena Square tempat berlansungnya ceramah semalam biasanya bebas digunakan oleh semua orang termasuk parti tak kira dari PR atau BN.

Tetapi sebaik negeri Perak dirampas oleh Barisan Nasioanal penggunaan Arena ini terhad kepada Umno/BN serta majlis majlis rasmi kerajaaan sahaja.

Dalam Ucapan Pesuruhjaya Pas Perak semalam beliau mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Majlis Perbandaran K,Kangsar kerana berkerja sama dengan memberi ruang kepada pihak Pas menggunakan premis tersebut.

Pada majlis itu juga seramai 60 pemuda Umno dari Dun Manong telah menyerahkan borang keahlian untuk menyertai Pas kepada Tuan Guru Hj Hadi.

Pemuda Umno itu berkata mereka nekad meninggalkan perjuangan  Umno yang hanya pandai menabur janji serta membuat fitnah shaja..

Kemasukan pemuda ini menyokong perjuangan Pas memberi satu lagi tamparan hebat buat BN disitu, belum reda isu undi Umno berpecah kerana Dato Kamelia bertanding mencabar calon BN mereka dikejutkan pula penghijarahan ahli mereka kekubu musuh.


Program yang diberi nama Amanat Putra Jaya TG Presiden  dihadiri hampir lima ribu penyokong Pakatan Rakyat yang memenuhi segenap ruang tapak ceramah, Tuan Guru Hj Hadi juga  pada malam telah berkenan merasmikan sebuah van sumbangan orang ramai di majlis itu.

Melihat isu setempat yang berlaku di Parlimen Kuala Kangsar muktahir ini peluang Pas disini menawan kubu BN di Parlimen ini dilihat cerah.

Pada Pru 12 calon BN yang diwakili oleh Rafidah Aziz hanya menang tipis dengan majority 1458 undi sahaja. sumber






 
Van sumbangan orang ramai 




posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud