ARTIKEL SEBELUM

29/04/13

Industri Muzik & Filem Akan Hancur Jika PAS Pegang Kuasa - Norman KRU




Tinggal seminggu sahaja lagi sebelum kita keluar beramai ramai mengundi untuk menentukan masa hadapan Malaysia. Namun, Norman Abdul Halim atau Norman KRU seperti sudah nampak masa hadapan.

Melalui akaun Twitter beliau hari ini, Norman KRU menulis yang masa hadapan industri perfileman & muzik tempatan dalam keadaan bahaya jika Parti Islam Se-Malaysia (PAS) di’benarkan berkuasa.

“Sorry ye, apa yang saya tweet ni mesti penyokong PR tidak suka tapi ini realiti – kalau PAS berkuasa, industri filem & muzik kita akan hancur”

“Bukan saja industri filem dan muzik tempatan saja yang akan hancur; pengeluaran filem & muzik antarabangsa di Malaysia akan turut terjejas,” tulis Norman KRU yang menerima pelbagai reaksi.

Penyanyi & penerbit, Hafiz Hamidun antara yang memberikan reaksi beliau mengatakan industri filem & muzik tidak akan terjejas langsung malah apa yang perlu adalah produk seni yang lebih berkualiti.- RK



***

Berat  artis ni....

Kejar duniawi  hingga lupa akhirat...








posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud