ARTIKEL SEBELUM

13/04/13

Lagi Fitnah yang Kantoi !!

Begitu terdesak juak juak setan yang di kenali, Seakan terdesak sehingga sanggup membuat fitnah dan tohmahan tak ketahuan punca, provokasi mereka tidak lain dan bukan ialah untuk melemahkan kekuatan dan kesepakatan kompenan parti Pakatan Rakyat.


Amalan 'politik lucah', ganas dan londeh-melondeh kini disasarkan kepada pimpinan PR kini sedang menular .Terbaru yang menjadi mangsa ialah Setiausaha Agong Pas Dato Mustafa Ali.Tetapi beliau menafikan segala tomahan serta fitnah.

Dalam fitnah isu video sex ini Mustafa Ali menyerahkan kepada peguam beliau untuk bertindak dengan beliau mengambil pendekatan mendiamkan diri dalam isu ini.

Tetapi entri penulis kali ini bukan pasai video sex Setiausaha Agong Pas yang hangat sekarang.


Isu nya adalah tindakan segelintir pemaya pro kerajaan yang memainkan fitnah konun dua tokoh terkenal Pas meletak jawatan serta keluar parti.

Yang menjadi mangsa fitnah itu ialah Dato Mustafa Ali serta Ulama tersohor Ustaz Haron Din.Dilaman sosial isu ini terus di mainkan isu ini dengan tujuan dan motif hanyalah untuk perang saraf terhadap PR menjelang PRU 13 ini.


Tetapi fitnah ini terbukti palsu hanya propaganda kosong dari pemaya pro kerajaan bila kedua dua fitnah ini disangkal oleh Ust Harun Din dan ust Hadi Awang yang mewakili Datu Mustafa..

Penulis cukup kesal dan benci aku dengan politik kotor fitnah yang melampau. Terbukti apa yang dilontarkan oleh mereka semuanya dusta semata mata.Berpolitiklah secara matang dan bijak..

Rakyat atau pengundi kini semua cerdik serta tak mudah terpedaya . Segala isu yang dimainkan dengan mudah dicapai untuk dinilai oleh pengundi .kita bukan lagi di zaman 60an atau 70 an kerana segala maklumat ada di hujung jari hanya dengan satu klik !!



- Jom tolak budaya politik fitnah
- Jom tolak amalan politik lucah
- Jom tolak amalan politik samseng
- Jom tolak amalan rasuah dan peras ugut






Petikan Harakahdaily
Mustafa berkata beliau menyerahkan kepada dua peguamnya, iaitu Asmuni Awi dan Hanifah Maidin, untuk membawa isu itu ke muka pengadilan. 

Beliau turut menafikan telah meletak jawatan selepas isu penyebaran gambar dan DVD lucah yang dikaitkan dengan dirinya. 

“Saya malas layan kat media ini sebab pelawok (penipu), ada pula antara blog yang kata bahawa saya letak jawatan sebagai Setiausaha Agung kerana isu video ini.

“Saya hidup lagi ni, (masih) Setiausaha Agung PAS lagi. Tidak jadi kudis gatal pun dengan perkara itu. Saya dah faham surat khabar,” katanya.[klik SINI]





 

Timbalan Mursyidul Am Pas Datuk Dr Haron Din  menafikan khabar angin kononnya beliau telah keluar daripada Pas.


Haron yang kecewa dengan khabar angin itu, berkata beliau masih tetap bersama perjuangan Pas.

Beliau yang bakal bertanding kerusi Parlimen Arau, di Perlis atas tiket Pas pada pilihan raya umum ke-13 ini menyifatkan khabar angin itu sebagai fitnah untuk melemahkan parti itu.

Haron berkata demikian semasa berceramah di Kampung Long Boh, Tambun Tulang di sini.


posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud