ARTIKEL SEBELUM

13/04/13

Bendera parti kena angkut

Bendera parti kena angkut






Bendera parti kena angkut



Tidak kira bendera Umno-Barisan Nasional (BN) mahupun Pakatan Rakyat (PR) dipacak di sepanjang jalan utama di daerah ini, semuanya diturun dan diangkut pihak berkuasa tempatan (PBT) gara-gara mengganggu pandangan pengguna jalan raya.

Tindakan drastik penguat kuasa Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) dalam Ops Pelangi itu pada awalnya mendapat bantahan sesetengah ahli parti, namun tetap diteruskan bertindak atas aduan penduduk.

Setiausaha MDKS, Azahari Sairin berkata, banyak aduan berhubung pemasangan tiang bendera parti di laluan sempit seperti persimpangan Fasa Tiga Puncak Alam yang dikhuatiri menghempap pengguna jalan raya.

MDKS tidak memandang ringan setiap aduan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini, tambahan pula kebimbangan itu agak munasabah kerana kawasan tersebut agak lapang dan berisiko berdepan tiupan angin kuat.

“Kita tidak mahu ada kejadian buruk menjelang pilihan raya dan semua menyalahkan PBT kerana gagal laksanakan tugas kawalan serta pemantauan di kawasan tumpuan lebih awal.

"Begitu juga dengan kerja pemasangan bendera, iklan promosi jualan dan kain rentang komersial di kawasan jejantas yang boleh membahayakan pengguna kerana terlindung daripada pandangan orang ramai. Saya tidak mahu kes jenayah berulang gara-gara laluan itu terlindung,” katanya, semalam.- SH

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud