ARTIKEL SEBELUM

5/04/13

Anwar: Kalau bukan Tambun, Permatang Pauh

 
 
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan sekiranya beliau tidak bertanding di Tambun, dia akan memilih Permatang Pauh.

Beliau kini mengecilkan pilihannya kepada hanya dua kerusi.

NONE
Sekiranya beliau tidak bertanding di Tambun, beliau akan meletakkan Siti Ketua Srikandi PKR Siti Aishah Shaik Ismail di situ, kata Anwar.

Anwar berkata, jika bertanding di Perak, beliau harus menumpukan sepenuhnya di negeri itu dan tidak boleh lagi pusing seluruh negara pada waktu berkempen.

"Saya tidak boleh hanya turun pada hari penamaan calon, kemudian pergi kempen di negeri lain," katanya di hadapan kira-kira 300 orang di Kubang Semang hari ini.

Katanya, isterinya Datuk Seri Wan Azizah Ismail yang juga presiden PKR juga tidak begitu setuju beliau bertanding di Perak dan lebih gemar beliau tetap tinggal di Permatang Pauh.- Mkini

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud