ARTIKEL SEBELUM

9/04/13

22 perkara diciplak BN dari manifesto Pakatan

KUALA LUMPUR: Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli hari ini mendedahkan sebanyak 22 perkara yang dijanjikan dalam manifesto BN adalah menciplak dari Pakatan Rakyat.

Manifesto yang dibentang Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak kelmarin kata Rafizi, bukan perkara baru tetapi sekadar meniru idea Pakatan Rakyat.

"Analisa terhadap janji-janji Barisan Nasional menunjukkan bahawa sebahagian besar dari janji-janji yang dimasukkan bukanlah idea baru, tetapi diciplak dari Pakatan Rakyat atau adalah idea yang sama yang kini digunakan di oleh Barisan Nasional," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, tindakan BN menciplak idea-idea asal yang sudah pun sinonim dengan Pakatan Rakyat seperti menurunkan harga kereta, menghapuskan tol dan lain-lain mengesahkan bahawa negara mempunyai kewangan yang kukuh selama ini untuk melaksanakan program-program ini.

"Alasan yang diberikan selama ini hanyalah dolak-dalih politik, tetapi oleh kerana tekanan yang kuat dari rakyat akhirnya Barisan Nasional tidak ada pilihan lain kecuali menciplak idea-idea ini," katanya lagi.

Beliau turut menyenaraikan janji-janji yang diciplak seperti berikut:

1. Menurunkan harga kereta dengan penurunan 20% - 30% secara berperingkat

2. Menyeragamkan harga barang keperluan asas di antara Semenanjung dan Sabah Sarawak

3. Menggunakan dana kerajaan melalui penglibatan terus kerajaan untuk menambah rumah mampu milik sebagai usaha mengawal harga rumah

4. Memperbaiki perumahan estet dan memastikan perumahan selesa bagi bekas pekerja estet

5. Memperkenalkan skim sewa dan milik untuk perumahan rakyat

6. Menambahbaik perkhidmatan bas untuk digunakan secara bersepadu untuk mengurangkan penggunaan kenderaan awam

7. Memberikan permit teksi individu

8. Melaksanakan rangkaian rel berkelajuan tinggi (high speed rail)

9. Membina Lebuhraya Pan Borneo

10. Mengurangkan bayaran tol secara berperingkat-peringkat

11. Reformasi percukaian untuk mengurangkan beban cukai pendapatan kepada golongan bawahan

12. Meneruskan bayaran tunai khas dan pemberian dana mengikut peratusan perolehan minyak

13. Peruntukan khas kepada semua jenis sekolah

14. Menawarkan status sekolah bantuan penuh kerajaan bagi sekolah-sekolah Tamil

15. Penekanan kepada pendidikan kemahiran dengan menaiktaraf sekolah vokasional menjadi kolej

16. Menyediakan bantuan kewangan dan peluang pendidikan untuk golongan berpendapatan rendah tanpa mengira kaum

17. Mewujudkan mahkamah khas untuk menangani isu-isu tanah pribumi

18. Mewartakan semua tanah adat

19. Menjana pendapatan dari pembangunan tanah wakaf

20. Mempromosikan kebajikan imam, pegawai masjid dan guru KAFA dengan menyediakan pakej penggajian yang lebih baik

21. Menaikkan bantuan kewangan kepada Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Pondok

22. Memastikan keseimbangan kaum yang lebih adil di dalam perkhidmatan awam

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud