ARTIKEL SEBELUM

2/02/13

Ini jawapan Anwar mengenai tuduhan dari Mahathir

Anwar Ibrahim terus menafikan sebarang peranan dalam Projek IC di Sabah, dengan berkata perkara itu tidak pernah dibawa ke kabinet,  ataupun menghadiri atau mempengerusikan mana-mana mesyuarat mengenainya.



Ketua pembangkang itu juga mendakwa projek memberikan kad pengenalan biru kepada pendatang, tidak berakhir pada 1990-an dan ia berterusan semasa pentadbiran bekas Perdana Menteri (PM), Tun Abdullah Ahmad Badawi dan berlanjutan sehingga tahun lepas, meliputi pentadbiran Datuk Seri Najib Abdul Razak juga.


NONE

Anwar berkata, pasukan petugas itu dikendalikan oleh PM ketika itu, 

Tun Dr Mahathir Mohamad dan orang kanannya Datuk Abdul Aziz Shamsuddin (setiausaha politik Mahathir ketika itu) dan Tan Sri Megat Junid Megat Ayub (timbalan menteri dalam negeri ketika itu).



Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai dakwaan Dr Mahathir semalam bahawa Anwar terlibat secara langsung dalam Projek IC itu.




Pemimpin umum PKR itu yang pernah menjadi timbalan perdana menteri di bawah pentadbiran Dr Mahathir, mengulangi bahawa beliau bersedia memberi keterangan kepada suruhanjaya siasatan diraja (RCI) mengenai pendatang di Sabah jika dipanggil untuk berbuat demikian.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud