Bekas pemandu kepada pelakon Zahida Rafik hari ini dipanggil ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Beliau yang ditemani Pengerusi Biro Undang-undang PKR Latheefa Koya serta ibu saudaranya, yang juga penyanyi terkenal tahun 1980-an, Dayangku Intan memasuki bangunan SPRM di Putrajaya kira-kira jam 10 pagi.
Latheefa yang ditemui pemberita di luar bangunan SPRM berkata, beliau tidak tahu atas tujuan apa Azman dipanggil.
Bagaimanapun beliau percaya ianya melibatkan kes dakwaan Azman
sebelum ini yang melibatkan Zahida (kiri) dan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal.
"Saya tak tahu kenapa dia dipanggil. Tapi saya percaya benda ni ada kaitan dengan dakwaan dia sebelum ini tentang Shafie dan Zahida. Kena tunggulah," katanya.
Pada 16 Mei tahun lalu, Azman (tengah) dilaporkan mendakwa, beliau pernah menemani
Zahida untuk memasukkan duit berjumlah RM1 juta yang didakwa diberikan oleh Shafie.
Setakat berita ini disiarkan, Azman masih belum muncul dari pejabat SPRM.- mkini