Kehangatan bahang pilihanaraya kian terasa,hanya menunggu detik mendengar perkabaran pembubaran parlimen oleh memanda Pedana Menteri Malaysia.Jika dihitung pada mandat kuasa yang ada pada kerajaan sekarang maka rakyat Malaysia tersangat hampir untuk memilih kerajaan baru tak lama lagi.
Walaupun perang saraf pilihanraya sudah lama dipalu oleh musuh,tetapi kali ini tahap serangan semakin serius dan boleh dikategorikan sebagai tahap maksimum atau gear 5. Maka musuh Pakatan Rakyat akan mengunakan segala bentuk serangan untuk memastikan parti mereka dapat menambat hati rakyat dan pengundi.
Maka tidak hairan kenapa siaran Berita Utama jam 8 malam dirangkain media di negara ini yang di kuasai oleh parti pemerentah akan mengkhususkan serangan politik pada gabungan kompenan Pakatan RAKYAT selama 10 minit atau lebih.
Hari ini serangan terhadap PR semakin hebat dan satu risalah fitnah yang menjijikan yang berbaur lucah telah disebar oleh musuh .Gambar saudara Anwar Ibrahim separuh lucah telah di temui . Haram jadah betui... puiiii. Cukup dikesali cara dan taktik yang tidak bermoral yang diguna oleh macai macai ini.
Ini lah salah satu strategi puak puak yang mengamalkan fahaman politik suku ugama suku,bila meletakan agama separuh dalam perjalanan parti maka semua kerja parti hanya mengikut hawa nafsu janji matlamat menghalalkan cara..asal menang dan dapat mengpengaruhi pengundi walaupn dengan cara mengaib dan menfitnah lawan.
Fitnah seperti ini sudah menjadi darah daging macai macai puak parti sekular ,jadi tak hairan jika dengan risalah lucah ini kerana ia disebarkan oleh mahluk beperangai seperti Dajal....
KERJA FITNAH, MENGAIBKAN ORANG, POLITIK LUCAH ,cukup sinonim dengan puak puak Setan yang di kenali. Puiiii.....-batuvskayu