ARTIKEL SEBELUM

23/01/13

Nallakarupan penyokong amalan fitnah jahat BN – Surendran

(Oleh Aisha Geoffrey)
KUALA LUMPUR 23 Jan: Kegagalan Senator Datuk S Nallakaruppan dalam rayuannya bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapati dia bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, bukti beliau antara penyokong amalan fitnah jahat BN ke atas Ketua Umum KEADILAN itu.
“Nallakarupan kalah di kedua-dua mahkamah. Ini jelas membuktikan dia hanya salah seorang dari penyokong BN yang sememangnya ditugaskan untuk memfitnah Anwar,” kata Naib Presiden KEADILAN, N Surendran ketika dihubungi.

Surendran yang juga peguam mengulas keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak rayuan Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MUIP) itu berhubung kenyataan fitnah terhadap Anwar lima tahun lepas.
Pada 25 Ogos 2008, Anwar memfailkan saman berhubung dakwaan Nallakarupan dalam satu artikel bertajuk “Anwar terima RM60 juta” yang disiarkan dalam akhbar Mingguan Malaysia dan Sinar Harian.
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Su Geok Yiam pada 19 Jun tahun lalu memutuskan Nallakarupan bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan fitnah tersebut.
Pada 21 Januari lalu, tiga anggota panel Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan Datuk Zaharah Ibrahim, Datuk Anantham Kasinater dan Datuk Mah Weng Kwai sebulat suara berpendirian bahawa keputusan Mahkamah Tinggi adalah betul selepas pihak Nallakarupan gagal memberikan butiran berhubung dakwaannya terhadap Anwar.
Anwar diwakili peguam, R Sivarasa dan Afiq Mohd Noor.
“Keputusan itu menjelaskan Nalla hanya mampu memfitnah di semua saluran media milik Umno dan orang awam, tetapi bila ke mahkamah gagal membuktikan apa-apa kebenaran,” kata Surendran.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud